Saturday, January 1, 2011

Menghapus Lipas Di Rumah


Membunuh lipas dengan cara yang tidak bijak :

Memijak atau memukul lipas dengan kasut atau suratkhabar atau penyapu.

Lipas betina ada ribuan telur halus dalam perutnya. Telur ini tidak pecah kerana sangat kuat. Ia akan bertaburan merata-rata tempat. Jika dah terbuat jugak, pastikan tempat terpenyeknya lipas itu dibersihkan dan dilapkan betul-betul dengan air sabun.

Menbunuh lipas dengan cara natural tanpa insecticide dan tanpa racun:

  • Sediakan botol yang ada kepala spray.
  • Masukkan air yang telah dicampurkan dengan sabun mandi.
  • Bila nampak lipas spray keatasnya.
  • Lipas akan mati cepat sebab tidak dapat bernafas kerana ia bernafas dari kulit kepala sehingga kulit badan.
  • Air sabun akan menutup lubang nafas mereka.
  • Dapat menjimatkan duit.

Merangkap lipas dengan cara natural tanpa insecticide dan tanpa racun:

  • Sediakan botol kaca yang terbuka mulutnya seperti botol jam dan madu.
  • Letak sedikit serbok kopi atau koko dalam botol.
  • Letak berhampiran dinding atau tempat yang biasa nampak lipas.
  • Biasanya lipas boleh panjat masuk botol tapi tak dapat keluar.
  • Bila dah terperangkap spray dengan air sabun.

Mengurangkan peluang lipas cari makan dan bertelur :

MENJAGA KEBERSIHAN ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN.

  • Jangan biarkan sampah sarap di rumah.
  • Selalu cuci bilik air.
  • Buang baju buruk, kasut buruk, buku buruk, dan kertas buruk. Lipas suka makan kertas.
  • Seperti nasihat Nabi, makan perlu alas supaya makan tidak bertaburan di atas lantai.
  • Seperti nasihat nabi, makan biar beradab, iaitu sedang duduk.
  • Kalau biar anak-anak makan nasi, biskut atau coklat merata-rata rumah sambil berjalan, berlari atau berpindah-pindah memanglah nak menjemput lipas, kuman, cacing dan macam-macam lagi.
  • 2 atau 3 minggu sekali, angkat pakaian keluar dari almari dan bersihkan dengan vacum. Juga buat yang sama di dalam laci-laci di rumah.
  • Jangan biarkan pakaian kotor di belakang pintu atau sangkut di merata-rata. Lipas seronok bau peluh.
  • Jangan simpan pasu bunga palsu atau bunga betul dalam rumah. Hiasi rumah tanpa kedua-dua ini.

Semoga info ini membawa manfaat pada yang mempunyai masalah lipas.

No comments:

Post a Comment